Giethoorn Holland cuma dipenuhi canal dan trek basikal sahaja.







































Cantik kan?
Macam dalam movie pun ada gaya tengok tempat ni. Tersangat-sangatlah cantik.
Kurang pencemaran sukanya aku!

Sumber: Facebook and Mr Google

posted from Bloggeroid


Amazing kan?
Cendawan tumbuh atas cendawan
Allah Maha Pemurah.
Ingatkan cendawan yg kat bawah tu da tak ok and baru bercadang nak cabut ja.
Sekali haaa , Allah bagi yang lebih baik.



Ni pulak terlambat tuai. Tapi 1 dia saja boleh buh dalam pasta tadi. Kenyang kami anak beranak.



Ni pulak menanti untuk dituai esok.

Ada yang bertanya, taknak jual ke hasil cendawan ni. To be frank, pernah terpikir jugak nak komersialkan kan. Tapi wat masa sekarang cuma jual bongkah cendawan ni sahaja. Mungkin satu hari nanti akan start jual cendawan tiram fresh yang bela kt rumah ni. Who knows kan?

Kalau ada yang berminat nak beli bongkah cendawan, boleh la directly contact aku 0133363775.

Seronok wo dapat makan cendawan fresh fresh macam gitu yaa.

posted from Bloggeroid

Salam korang

Hari ni nak share 1 lagi simple resipi untuk korang try ya
Petai ni memang favourite aku so masak apa pun memang aku suka
Kalau hang makan petai sorang-sorang tak ajak aku, memang boleh wat gadoh woi. Hahahah




Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang besar / merah
Bawang putih
Ibu sambal ( boleh refer sini ya )
Petai
Minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak , goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Aku tak pakai minyak banyak masa goreng ikan bilis, kalau korang guna minyak banyak sebelum masukkan bawang merah n putih tu boleh buang skit minyak tu ya.
2. Kemudian masukkan ibu sambal tu agak-agak cover semua ikan bilis.
3. Bila da nampak salut ikan bilis tu dengan sambal masukkan pulak petai. Biar dalam 3minit macam tu sambil kacau-kacau dia. Dah boleh tutup api lepas tu.
4. Siap dah untuk dihidangkan.

***makan ni dengan nasik boleh terbabas-babas ni. Beware tau!

posted from Bloggeroid

Hi korang....

Sebenarnya dah lama gila nak share resipi eggless bun ni. Yerp doh tanpa guna telur.

Bahan-bahan yang korang perlukan:
250g tepung gandum
1 1/2 sudu kecil dry yeast (aku guna jenis Mauripan)
2 sudu besar margerine / butter (aku guna marjerin jenama Pelangi, ramai otai bakery suggest pakai brand ni)
1 sudu makan susu tepung / susu pekat
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil bread improver (ni aku letak saja nak bagi gebu, tak letak pun takpa)
130 ml air suam
1 sudu kecil gula pasir

Untuk topping:
Cheese parut
*** Blueberry ni aku takdak so aku takbuh. Pendek kata topping ni ikut korang.
Gula kasar

Cara-cara:

1. Masukkan 1 sudu kecil gula ke dalam air suam dan masukkan dried yeast. Tunggu sampai yeast berbuih, tu tandanya yeast da aktif and sedia untuk digunakan.
2. Dalam satu bekas besar masukkan bahan-bahan lain dan tuang yeast yang da dibancuh tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga doh sekata dan tak melekat.
3. Biarkan doh rest selama 1 jam (doh akan mengembang 2 kali ganda ya. Doh mesti kena tutup ya).


Ni doh yang dah mengembang dengan jayanya ya.

4. Then uli balik doh untuk keluarkan balik udara-udara dalam doh tu.
5. Then bahagikan doh dan uli bulat-bulat dan susun dalam bekas. Bekas tu oles dulu dengan marjerin / butter tau untuk elakkan roti melekat nanti.


Jangan lupa wrap or tutup doh dan biarkan another 45 minutes to 1 hr untuk doh tu mengembang.

6. Sementara tu, panaskan oven pada suhh 180 degree C selama 45 minit ( api atas bawah ya setting dia) .
7. Bila doh da kembang balik after 44 minutes to 1 hr, letak segala topping mak nenek.


Macam ni rupa setelah tabur topping ya.

8. Terus masukkan dalam oven dan bakar 15 minit ke 30 minit depends dengan suhu oven korang. Aku bila da nampak dia nk brown tu aku da keluarkan dia.



Taraaaa.
Siap dah. Sedap oi. Senang ja nak buatnya. Tapi bila M da datang tak guna sesen pun. Oh nak lagi sedap. Masa panas-panas tu sapu sikit marjerin dekat atas bun tu.

Makan ni pastu minum dengan ovaltine. Memang perfect combo oi. Dah lama tak buat. Rasa mcm malam ni nak kena buat la hai.

posted from Bloggeroid

hai korang...

tempat korang jerebu teruk tak? kan aku ada bgtau kami anak beranak batu, selsema, demam semua pakej lengkap. dah dekat2 seminggu da berlarutan. aku la yang obviously kong kang kong kang batuk oi...sadis betul.

dah la dengan jerebu sekarang ni. husband aku cakap dia p keja, nak masuk pulau memang tak nampak langsung seberang sana. penang bridge pun samar-samar ja.

tudiennn teruknya index udara kat penang kan...

macam Pirates of The Caribean ja kan
pictures credit to Google masa Jerebu 2013 kat Penang.

so korang....

apa preparation korang masa jerebu ni?

1) Jangan lupa pakai MASK...ni memang aku wajibkan untuk shuben aku..lagi2 dia merempit kan hari-hari. kesian dia. tapi tu la sayang punya pasal.
2) Minum air masak banyak-banyak untuk elakkan dehydration.
3) Makan buaha-buahan yang kaya dengan Vitamin C untuk pertahanan sistem imunisasi kita.
4) Kalau malas jugak makan buah-buahan telan jer supplement. (sapa nak order Shaklee, boleh roger aku okeh...harga special pnya utk pembaca blog ni)

okey..tu ja nak share ngan korang pasal tip-tip nak menghadapi jerebu ni....

KEEP CALM & CHILL YO
Ok.
Kali ni nak cerita pasal kedai dobi layan diri atau erti kata lain self service dobi kan.

Disebabkan dari hari balik dari KL haku demam. Maka aku sempat basuh baju sekali ja. Tu pun aku basuh ja, part nak menyidai aku da surrender sebab takleh nak dongak kepala aku bagai so aku pass kat laki aku ja. Memang selalu part-part sidai menyidai ni pass baton kat dia. Muahaha. Untung dapat laki tinggi ni. Muahahehehe.

So hari a lepas, memandangkan petang tu da rasa macam ok skit dah. Maka aku pun gigih la basuh 2 kali full load dan ajak laki aku standby siap-siap jom kita p dry ja kat kedai dobi self service. Bayangkan 2 full load tu kalau nk tunggu kering ntah bila pastu dengan baju yang duk pakai lagi. Masing-masing dalam rumah ni pakai baju pun xnak kalah. Maka jom search kat mana ada kedai dobi self service ni. Check-check ada nu haa kat perda ja. Alhamdulillah

Nama kedai dobi tu BUBBLE LAB

Terletak di 9, Lorong Perda Utama 4, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia

Senang ja nak cari, sapa suka Emas tu mesti selalu p Kedai Emas Anwar kan. Haaaa kat area situ la dia. Yang kedai emas belah kat kedai pasaraya ekonomi tu. Bertentang ja.

Jom usha skit.




Perghhhh aku kalau student uitm ka memang tahan ja baju bergunung seminggu baru mai basuh time off peak hours.




Washer 14kg and 23kg ada kalau tak silap aku.



Mak jem ni kan memang nak sibuk ja keja dia.



Suka hati dia ja kan.




Siap ada tv and free wifi lagi. So tak la boring sangat kan nak tunggu. Macam kitaorang nk dry ja. Ada la 30 minit gak nak tunggu. Nasib ada cita and wifi. Best la sikit.



Siap ada tempat tukar duit lagi. Tak payah nak pening-pening dah.




Tu baju kitaorang la tu tengah dry. Total bayar cuma RM5 ja. Okla kan terus kering dan wangi. Bestnya kalau rumah ni ada dryer. Mesti wangi dia macam baru lepas hantar dobi.

Tengah misi mengecek laki ku beli dryer ni. Berbaloi atau tak?

posted from Bloggeroid

DIY project

in , , by Alia Farhan, 9:56 AM
Hai korang.

Kali ni nak kongsi DIY project alu sendiri kat rumah ni sambil dibantu oleh partner in crime aku encik suami tercinta.



Ni color asal dia da fade. Ni pun mama yang bagi. Cermin ni da hadap 2 kali banjir dah masa kt Jitra. Masa first dapat kerja kat Penang and masuk umah sewa lama, mama bagi cermin ni untuk aku. So kita make over skit. Kasik spray skit bagi lawa skit.




Ni pulak kitchen cabinet aku, dah lama gak ni guna. Dari ujung tahun 2010 masa start keja kt Ibiden lagi aku pakai cabinet ni untuk letak dapoq gas aku. Rasa macam da bosan pulak kaler tu. Cat la kaler putih pulak. Maktok kata lawa! Tak semestinya kena tukar cabinet baru lawa kan. Janji kena kreatip sikit la kekdahnya.




Ni pulak rack hyllis kat ruang tamu. Color asal dia nampak macam boring skit, too industrial pnya color. So kita spray kaler gold bagi nampak mewah skit. Seriously i love the outcome! Terus nampak mewah kan


Heee.....
So korang suka tak DIY barang-barang kat rumah korang? Bagi aku, kadang-kadang barang-barang lama ni ada sentimental value dia. Cuma kita la kena pandai skit untuk jadikan dia lebih menarik. Betul tak?

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS