Agoda


Friday, August 18, 2017

Penutupan Penang Bridge Untuk Kerja Baik Pulih

Makluman.





Sebahagian lorong di Jambatan Pulau Pinang 1 akan ditutup selama 1 tahun untuk kerja-kerja pemeriksaan & penyelenggaraan berjadual 22 Ogos depan selama setahun.

1. FASA 6 BULAN PERTAMA
22 Ogos 2017 - Feb 2018
Penutupan satu lorong dari pulau ke seberang perai (dari 3 lorong menjadi 2 lorong)
Pada waktu puncak petang (4pm - 8 pm) laluan tidal flow akan dibuka

2. FASA 6 BULAN KEDUA
Feb 2018 - 21 Ogos 2018
Penutupan satu lorong dari seberang perai ke pulau (dari 3 lorong menjadi 2 lorong)
Pada waktu puncak pagi (6am - 10 am) laluan tidal flow akan dibuka



*tidal flow : satu lorong pada arah bertentangan akan dibuka bg mengurangkan kesesakan lalulintas pada waktu puncak

Sila rancang perjalanan anda. Terima kasih
Laluan alternatif feri dan bridge ke2..

Sumber: Penang Kini


Komen makjem:
Huuu kesian la kat laki mak kena nek second penang bridge...udah la jauh...
Laki mak kata nk divert bg org biasa guna 2nd bridge sama n katanya collection kt 2nd bridge pun xbyk..pendek kata tak cover...
Tapi mmg betul pun..heran wei..buat pi la 2nd bridge pun...yg 1st bridge ni jugak duk jem...jem makjem tau...

Friday, August 11, 2017

Resipi : Satey Goreng Mudah dan Ringkas

Haaa...
Baru dan nak up entry satey goreng wei.
Ni pun da berkurun buat masa makan-makan raya hari tu
Actually satey goreng ni resipi dia sama ja ngn resipi satey bakaq tu.
Beza dia hat ni GORENG saja.


Jom tengok bahan-bahan and cara nya;

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada (potong dadu)
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Halia
Lengkuas
Jintan manis
Garam
Gula
Kunyit

Cara-cara:

1. Blend kesemua bahan-bahan di atas kecuali ayam, kunyit,garam dan gula.
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam bekas yang berisi ayam.
3. Perasakan dengan garam, kunyit dan gula. Gula kena letak banyak ya sebab nak bagi satey rasa manis-manis.
4. Gaul sebati dan perap semalaman.
5. Keesokkan hari goreng macam biasa sehingga garing.

Sedap ni makan dengan kuah kacang and nasi impit. Walaweh....terliur pulak cerita dia.





Thursday, August 10, 2017

Decluttering

Aku baru ja buat spring cleaning /  decluttering baju-baju yang da lama terperuk and tak pakai. Fuhhhh ingat skit ja baju aku. Rupa-rupanyaaaa... Ya Rabbi.

Insaf aku. Malas dah nak beli baju-baju pasni sebab balik-balik akan baju kering yang belum berlipat lagi. (Pffttt gila pemalas and baloq kan..who care...)

Melawak tak melawak la. Ada orang cakap jual prelep..bagi kat orang. Sebenarnya ada baju-baju tu yang da koyak-koyak n bertompok-tompok sebab dah lama terperuk tak pakai. Takkan nak bagi kat orang kan? Memang tak gamak kot.
Cuci dulu seblum bagi kt org utk hilangkan tompok? 😌😌😌 hmmm je lah..baju yg duk ada pun da banyak nak kena basuh... ni nak tambah pulak..alahai..alahai...


Bayangkan banyak mana duk simpan.


Lega bila da buang baju-baju yang banyak tu. Lega wei bila decluttering ni. Lapang skit dada rasa.



Sama gak ngn baju-baju anak, memang da declutter jugak bagi nampak helok skit drawer depa. Banyak juga baju budak 2 ketul ni. Kalau ikut sayang, semua pun sayang nak buang. Ada yang separuh bagi kat orang sebab stil elok lagi kan. Need to find space sama. Kesian juga kat Si Aishah asyik pakai baju buruk kakak dia. I mean memang totally buruk sampai berbulu kot. Kakak jenis rangka kecik. Baju 6 m pun boleh pakai sampai dekat 2y+. So memang kakak dulu memang pakai baju lenjan2 belaka. Mai kat adik baju da buruk2 and bulu2. Kesian ngat aih. Adik lani, baju kakak 2-3 y pun da boleh pakai. Tu sekali dia debik muka kakak dia boleh pegsan terus.

Lagipun duk gila bagi depa dua pakai baju sama. Saja la mama depa nak buat boria kat depa.


Lega da tengok bersusun rapi skit. Kalau tak penuh sampai tak tau nak sumbat mana dah. Stress gila mama ni.


Ni si adik Aishah punya. Ni pun ada keluarkan untuk bagi kt yang memerlukan.

Bila hampa start decluttering barang-barang hampa yang da tak guna tu kan hampa akan rasa lapang and lebih efficient. Tak percaya cuba try. 

Satu ja tips decluttering ni, of coz hampa jangan duk sentimental and duk rasa sayang semua nak simpan. Konsep dia kalau baju tu hampa da tak pernah nampak lebih dari setahun..maka, wajib la hampa masukkan ke dalam plastik hitam. Senang kan tips dia....muahahah..lagi satu hampa boleh refer tips decluttering dari Konmari. Memang tu dia ajaq secara details la. Apa tu? Gugel plisss


Friday, August 4, 2017

Terjebak akhirnyaaaa

Kahkahkah...
Padan muka aku...
Ni semua salah kakak akuuuuu....
Dia yang racun akuuuu....
Dia yang mulaaaaaaaaa....
Dia...
Semuaaa diaaa punya pasaiiiii

Mula-mula dia wassap aku membebel rumah dia kitchen saja mahai kedaung...nak bubuh kopok goreng pun bekas yang available cuma bekas ais kremπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Gila tergelak aku baca wassap kakak aku membebel kat aku. Well dia ni memang macam niiii...kalau nak membebel ja cari aku. Ok la okla aku kan adik yang memahami. Aku pun racun dia kata haaa laaa rumah dokter lekeh ngat aihhh pakai bekaih ais krem woiiii....

Sekali dia kata kat aku dia nekad nak pi sign up jadi ahli Tupperware. Balik -balik dia beli, dia pulak hantaq gambaq rona-roni kat aku. Aku bukan boleh woiiiii. Rona-roni kan memang aku sukaaaa....

Sekali nah, aku balik Jitra. Aku pun terjebak. But don't worry semua ni akan menggantikan bekas Ikea yang calaq balaq dan sudah kabur kaler plastiknya itewww. Alasan sangat kannn nak pakai tupperwareπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


Aku share dengan kakak aku ni. Satu set ada 6pcs. So kami bedak la 2 beradik. Aku harus amik kaler-kaler yang aku suka.


Ni pun kami bedak dua jugak.


Gila woiiii. #matilanak oiii. Yang depan kaler purple tu hadiah birthday aku katanya. Bahaha πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Aku da cakap lepas ni nak bagi hadiah kat aku, bagi Tupperware ja tau.

Buat masa ni itu sahaja hobi mak-mak yang baru aku ceburi. Ni tengah berkira-kira perlu ke tak tambah set Corelle South Beach. Yalah yg skrg ni kan set untul 4 orang makan. What if ada tetamu yang mai. Malas uii nak guna pinggan berat2 tu. Nak-nak pulak aku ni pentingkan keseragaman. Tak suka betul aku orang ni pakai pinggan ni..orang ni pakai pinggan lain. Sakit mata nanti!

Ehhh...sapa ada penyakit macam aku ni? Eh tak, aku bukan OCD. Langsung tak...πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†. Kalau Alia ni OCD boleh terbalik dunia. Kahkah.

Thursday, August 3, 2017

My forever sweetheart

This will be quite emotional post. So here I am, mencoretkan untuk anak mama, Si Adriana Arissa.

Well, as we know mesti orang cakap dah ada anak baru mesti perhatian dekat anak pertama akan kurang. Kira less kasih sayang la kanπŸ˜… . Yes aku rasa memang betul pun. Kadang-kadang I've been neglecting her emotion who needs my love and attention. Sorry kakak sayang. Mama feel so bad about thisπŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”.

Sumpah tak senang pun nak divide korang punya attention for two kids. Yang sorang memang dah tentu nak kena kelebet sebab stil baby lagi kan. But kadang-kadang terlepas pandang aku stil ada sorang lagi anak yang need my attention too.πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“. Yes I wonder how people with 5 or 6 kids can manage to handle their kids emotions. Aku yang dua pun kadang-kadang emo tak dapat nak bahagi attention secara adil. Yes most of the time if my hubs is around, he's the one will handle Adriana. Thanks to my hubs yang selalu tolong bini dia ni.

Now I know and understand why the first born holds special place in their parents heart as much as I do. Kakak, don't worry mama still love you the whole universe cause to the moon and back still cannot describe how much mama love you kakak😘 . Kakak la yang pertama duduk dalam womb mama and buat womb service nak makan TGIF Tenesse Steak pukul 9 malam and jenuh papa pederaih bawak mama pi Queensbay makan steak tau.πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

I still remember the moment I checked my UPT and I cant see any double line, it was frustrated moment (oh common baru 2 bulan kahwin, checK UPT x postive da frust...ngada sangat kan) ...I go to your papa n said takda rezeki lagi. But later your papa comes to me and bring the UPT test strip and show mama a blur double line popped out. Mama time tu sebak gila kakak oiii sebab mama confirmed pregnant to you kakak. That moment mama still tak bagitau sapa-sapa lagi.

The only person yang tau masa tu Sifu make up mama, Yana (Kak Love yang tengah meletop sekarang ni) sebab mama tanya dia kalau double line blur2 tu pregnant ke tak ehh...noob sangat question kan...mak ngah Adriana pun xtau lagi that moment.

Kakak, you bring so much joy to me and your papa. There's no way my love for you become lesser when you have new sister. Indeed it grow stronger. The only problem is sorry kalau mama marah-marah kakak bila kakak bising masa adik lena. Sory juga klau mama terpaksa lebihkan attention mama kat Aishah. Mesti dalam hati kakak sikit2 Aishah..sikit Aishah..sory kakak 😌😌😌











You're the best gift Allah ever send to mama, Adriana Arissa.

Mama sayang kakak sampai bila-bila. 



Love,

Mama😘😘😘




Tuesday, August 1, 2017

Dalam duk tak mau shopping...

Malas nak cerita bila kena rasuk dengan syaitonnn nirojimmmm niiii...

Tapi kannnn....bukan selalu punnnnnn...ehhh


Ni hasil rembatan di Daiso, dalam pada nak tengok-tengok sajiaaa tuuu...dinasihatkan jangan masuk terus sebab banyiak gila syaitonnn dalam ni yang aku menghasut kita suruh beli. Ehh tapi yang aku beli ni semua nak guna tauuu. Bukan la membaziaq katanya...tapi kan Daiso ni kalau pi busuk-busuk pun kena sambaq gak seketul dua kannnnnnn....mnyampeh makkk


Ni dah lama aku berposa tauuuu dari menjadi ahli jemaah cik pora ni....tapi sebab kt Gurney Paragon ni depa reopening lepas reno kan..so saja la pi tengok. Nahhh amik, lagi kena getah. This time pulak alasan senang beli yang mini-mini ni nak angkut pi travel ke Adelaide lepas ni ( ok ni tipu...tapi kot-kot la terbuat-buat beli tiket..hampa tolong doakan ja tau..kot2 jadi kenyataan)


Ni pun sajiaaaa jugak masuk tapi tertry si vanilla ni.....eeeeeiiii awat sedap sangat....
N lagi sekali cari alasan, hand cream kat dalam handbag da habis. Aci kot beli seketoi letak dalam handbag kannnn.

Dan Alhamdulillah lepas kejadian membeli ni, aku tak rasa menyesal lagi sebab tau aku akan guna depa ni semua. Alaaaa, ada kaki shopping kata kat aku..biaq menyesal shopping takpa...dari menyesai tak shopping at the end gigit jari teringat-ringat ( hat ni besa duk jadi sokmo) . Hahahha

Oklah, nanti kami update lagi naa post. 



Monday, July 31, 2017

Kravve.co, ur handmade condiments one stop centre!

Bila jadi mak-mak ni selalu kadang-kadang tu kelam kabut. Bukan senang nak keep everything in order tau. Sumpah bukan senang. Kadang-kadang diri sendiri lupa nak makan. Tau-tau dah pedih perut. 😣😣😣

Sebagai seorang mak-mak yang on the go dan masih menitik beratkan kandungan nutrisi apa yang IN kat dalam badan ni, memamg aku harus peka la kan dengan apa yang nak dihidangkan dekat ahli keluarga kan.

Dan biasanya bila cakap on the go ja mesti akan pikir segala processed food macam fruit or jem spread, ready made chicken stock and etc kan. Yes yang tu semua la jatuh kategori memudahkan mak-mak macam aku ni. Pagi-pagi malas nak masak, amik ja jem sapu dekat roti.  Tengah hari nak masak sayur ke apa ka taruk ready made chicken stock, xda maknanya nak bersusah payah nak buat chicken stock from scratch. Tak cukup rajin lagi noks. πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Tapi KRAVVE.CO  menawarkan beraneka jenis produk handmade dari berjenis-jenis butter, jem, serbuk stok ayam dan bermacam-macam lagi. Kiranya one stop handmade produk gitu la.



Yang paling menarik perhatian aku adalah dehydrated unsalted chicken stock ( powder form) dari Kravve.co ni sebabnya diperbuat dari 3 bahan sahaja; dada ayam kampung, Australian carrot & celery. Yes!!! Maksudnya selamat du consume oleh Cik Aishah Arissa kita. Yahuuuuu! At least ada la rasa n food variety skit kan untuk Si Aishah tu.

Rasa Dehydrated Unsalted Chicken Stock Powder ni suprisingly sama ja dengan yang dibuat kat kilang-kilang besar tu. Serius hampa, kami buh dalam nasi goreng kami pun sedap oi!


Buat nasi goreng bubug chicken stock ni memang sedap 😘😘😘


Kalau hampa pi usha kat Kravve.co lagi hampa tak ketahuan punca rasa semua nak beliiiiii... semua nampak tempting sedap helokkk kalau masuk dalam tekak....haishhh kalau lah banyiak angka kosong kosong kosong kosong kosong sudah pasti ku borong semuanyaaaa....siap request partnership lagi (Ehhhh matiklah klau founder baca ni) . But seriously, memang all items kat Kravve.co ni tempting. Dah pulak tu tak pakai preservatives yang berbahaya tau dak.


Strawberry jem dia...perghhhhhh


Hazelnut choc spread dia
Kemurungan aku tengok time-time lapaq ni😣😣😣


Salted  Vanilla peanut butter dia..
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Kemurungan weh..kemurungan.
Esok nak kena rembat buh dalam cart and bayar siap-siap. Nanti sampai kat doorstep boleh makan terus!!



Jom hampa sapa nak usha-usha and tengok produk-produl handmade kat Kravve.co boleh la ke :

Wesite : Kravve.co 

And kepada hampa yang nak shopping dekat Kravve.co jangan lupa seru nama aku 3x In Sha Allah hampa boleh dapat discount. Hahah. Ok tipu!

Nak discount RM5 OFF


Apply this CODE at discount coupon

AliaFarhanSaid

Jangan lupa LIKE :

Website : www.kravve.co
Instagram : www.instagram.com/kravve.co
Email : hello@kravve.co


Dan untuk pengetahuan hampa semua, lani tengah promo, hampa beli total RM50 akan waive POSTAGE! Untung kan...
So mari-mari kita shopping Kravve.co.
Support local handmade products !

Wednesday, July 26, 2017

Happy Birthday Althea!!!

As much as I getting excited for this month coz obviously it's my birthday month...I also been sharing the same birthday month with Althea..yahuuu..adakah kami share birthdate yang sama??? (3rd July ...wink2)

Heppy Birthday Althea!!! You're now officially TWO!!!

So what's the special all about to celebrate Althea 2nd Birthday? Fyi, Althea is givin away free gift with every purchase if u purchase this month plus with all the crazy sales...siap dapat birthday goodies lagiiii...AND
u entitle to win a trip to Korea wei ..two tickets weiiii..can see the hensom oppa weiiii...hahhahaha...trip to Jeju Island lagi...who want? Me of courseeee...lolsss...boleh feeling2 samsoon dengan hyun bin oppaaa...


Huuu...i want disss!



Shop n win...y not rite?


Dun wan meh??lots of freegift olso...ok what😚😚😚

So here comes d best part!!!
Let me show u d moneyyyy...
Ehhh...what I got from Althea for my birthday present one...kata share birthday khenn


Comel tak???? I liokke their birthday goodies tu...so comels.



Harus interframe sekali...Harus ok! Harusss...

Jom tengok apa lagi yang ada dalam box tuuu...

|

|

|

|

|



Supriseeeeee!!!
Rasa macam nak panggg dakkk???
Jeles ke tu..semua ni I punya..Althea bagi sempena birthday I dengan Althea uolls...

This time around decide nak pilih  more to skincare. Yeah of course when it comes to skincare...I believe and put trust with Korean skin care and beauty products. I actually have been using the products that had been sent to me. So soothing and good for my skin!

Look at those freebies...banyak gila kot Althea bagi lepas I pilih-pilih apa barang yang I nak....and the mask supplies are enough for my 1 year mask routine! Yahooo..jimat belanja...

Korang jangan lupa shop kat Althea tau.
Best wei..selain harga murah...promosi birthday ni berlangsung dari 3rd July until 15th August.

Rugi tak grab tau...
Untung2 korang join contest Althea menang dapat gift and manatau dapat pi Korea kaaaa....
So jangan lupa tau...pi shopping kaih kat Althea naa


Sekian,

Dari blogger kertu yang jaga muka sambil pakai mask Althea bagiπŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™



Saturday, July 22, 2017

Product Review : Nutri Brown Rice Intant Pack

Kalau cakap pasal brown rice mesti teringat nasik untuk orang sakit diabetes. Dat was what across my mind. Yalah kan, sinonim kot brown rice ni dengan orang kencing manis.

Selalu kita-kita ni memang nan hado la kan nak makan brown rice untuk replace white rice kita tu kan. Sebab selalu dimomokkam cerita brown rice ni tak sedap dan tak puas makan gitu. Honestly,  kalau tanya aku pernah makan or tak brown rice ni memang serius cakap la tak pernah.

Tapi, macam mana yang kita tau brown rice ni kandungan gula dia memang lebih rendah dari white rice biasa tu tau. Sebab tu la orang yang diabetic one of the way nak control gula adalah dengan consume brown rice. Yalah, kita kan orang Malaysia ni makanan ruji kita nasi kot. Kalau aku tak makan nasi, boleh mengigil kot.


Brown rice anatomy vs white rice anatomy.


Cliche kot orang cakap brown rice ni tak sedap kan???? Selalu kot duk dengaq macam ni. Hmm brown rice tu tak sedap la bla bla bla. TAPIIIII hampa tak try lagi satu produk yang berasakan brown rice ni. Kalau hampa nak tau, Nutri Brown Rice ni menyediakan a few selection of brown rice instant beverages.

Jom tengok antara kebaikkan Nutri Brown Rice ialah:

  • Mengurangkan kolestrol dalam darah.
  • Mengurangkan tekanan dalam darah.
  • Melindungi jantung
  • Membantu sistem penhadaman
  • Mengawal berat badan.



Antara selection Nutri Brown Rice.


Senang! In scahet saja. Koyak-koyak bancuh and minum.



Dah la rasa sedap, pastu of course la lagi sihat kan. Yang penting lagi pantas nak disediakan. Ya lah, zaman lani harus la semua nak pantas kan.

Jom kita tengok khasiat in every selection tu.


Nutri Brown Rice - Original (No sugar added)




Untuk selection ni, Nutri Brown Rice in Original ni disediakan tanpa gula tambahan tetapi diperkaya dengan INULIN yang bagus untuk mengawal kandungan gula di kalangan pesakit diabetic. Sesuai diminum begitu saja.


Nutri Brown Rice - Chocolate



Mengandungi zat besi dan kalsium yang penting untuk kesihatan tulang. Sesuai juga diambil oleh kanak-kanak kerana kandungan zat besi dan kalsium nya.



Nutri Brown Rice - Inulin



Made special for pregnant mommies. Ibu-ibu mengandung disyorkan untuk mengawal kandungan gula di dalam badan semasa mengandung. Kandungan inulin membantu untuk perkembangan good bacteria( prebiotic) di dalam colon. Antara kepentingan prebiotic adalah:

  • Help increase calcium dan mineral absorption dari pemakanan kita.
  • Healthy immune system.
  • Mengurangkan masalah usus.



Nutri Brown Rice - Honey



Didatangkan dengan 100% natural floral honey secara berasingan.

Madu berti dak sebagai natural sugar with low sugar ditambah berasingan. Madu dipercayai promotes better sleep dan meningkatkan memori.



Nutri Brown Rice - Oats & Soy Lecithin



Soy lecithin membantu improves brain function, lower cholesterol level dan essential for liver health. Orang yang tak suka telan oat, pasti suka telan yang ni tau!

Kami da try kelima-lima selection ni tau. Sedap wei. Macam kami yang kelam kabut forever ni memang sesuai sangat la ada product hat baguih lagu ni. Dah la on the go sangat, berkhasiat pulak tu!


Dijamin halal dan low sugar content!


Hampa kalau nak tau info lebih lanjut tentang produk-produk Nutri Brown Rice ni boleh la ke:

Website : 



Facebook:



Rugi betul rasa tak kenal produk Nutri Brown Rice ni masa preggy dulu. Kalau kenal mesti dapat elakkan GDM hari tu kan. Takpa lah, next pregnancy kalau ada rezeki lagi boleh la try kan ambil Nutri Brown Rice ni as one of the diet kan. Kata orang lebih baik dari mencegah. Seksa wo kena GDM masa pregnant. Tak larat ulang alik ke klinik tau. Apapun, memang suka sangat dengan produk-produk dari Nutri Brown Rice ni sebab berkhasiat.


Thursday, July 20, 2017

Palace Of The Golden Horses , "Hotel Luar Biasa"

Dulu masa study dekat Melaka, everytime nak masuk Tol Sg Besi tu akan lalu kat area Mines and memang akan selalu nampak la kan Tasik Mines ni. Dan dari jauh boleh nampak kot tersergam indah sebuah "istana" hotel kat situ.

Dalam hati, alahai bila lah nak dapat duduk kat dalam "Istana" tu. Nak duduk istana betul memang takla kan. Hatta kalau anak raja meminang aku pun akan ku tolak demi cintaku kepada papa dua orang princess aku ni haa ( coi sangat kan).


Pic courtesy to http://www.palaceofthegoldenhorses.com.my

Dari jauh dah tesergam indah.


Hotel yang persis istana ni dari jauh tesergam indah kot. Kalau dari hiway tu memang boleh nampak cantik and bersinar-sinar ja. Dalam hati  In Sha Allah satu hari nanti mesti nak jugak duduk dalam "Istana" ni.


Pic courtesy to http://www.palaceofthegoldenhorses.com.my

Gah sangat interior dia



Pic courtesy to http://www.palaceofthegoldenhorses.com.my

Gah sangat dengan horses nya.


Apa yang menarik pasal Palace of the Golden Horses ni, hotel ni telah mendapat gelaran " Asia Most Extraordinary Hotel" dan yang paling menariknya hotel persis istana ni terletak di Mines Wellness City. Dengan berlatar belakangkan Tasik Mines yang indah tu, romantik sangat kalau dapat bercuti dengan si suami kat sini kanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Anak jangan dilupakan. Setiap masa pun kena kilik anak untuk moment2 bahagia macam ni.


Pic courtesy to Google

Cantik sangat boleh ferfeeling naik bot kat tasik menikmati pemandangan tasik dan istana tesergam indah ni kan.



Apa yang bestnya tentang Palace Of The Golden Horses ni, hotel ni terletak kira-kira:

  • 15 minutes from KL center.
  • 35 minutes from KLIA.
  • 1.97km from Sungai Besi LRT station.
  • 2.12km from The Mines Wonderland.
  • 2.33km from Bukit Jalil LRT station.
  • 3.00km from Seri Petaling LRT station.
So memang easy acess sangat la kalau nak ke hotel ni menggunakan public transport pun.


Bilik dia pulak tak payah cakap la memang cantik nak matiiii dah. Terasa macam Queen Alia sangat kalau duduk kat dalam tu.

Mengumumkan ketibaan King Amir & Queen Alia...troott trootttt....

Berangan sangat kan.

Jom cuci mata dengan gambar-gambar pilihan bilik yang ada di Palace Of The Golden Horses ni.


Pic courtesy to Google.



Pic courtesy to Google.

Cantik kan. Macam kat England pulak rasa. Ke kat Buckingham Palace niπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹




Pic courtesy to Isaactan.

Dining area. Eh ni hotel ke istana ni???



Pic courtesy to Isaactan.

Katil tu katil tu. Memang macan kat istana sangat kot.



Pic courtesy to Isaactan.

Siap ada tub mandi macam ni lagi.  Ferfeeling Queen2 sangat. Kahkah.


Harga????

Gulp telan air liur wei kompem mahal ni. Kompem!!!

TAPIIIIII.....

Hampa jangan takut...sebab dengan TRAVELOKA,  yang mahal pun boleh jadi mampu diduduki gituuu haaa.

Tak percaya?????

Meh check it out dekat traveloka meh....

Meh la book Palace of The Golden Horses online dekat Traveloka. 

In Sha Allah, harga yang ditawarkan di Traveloka adalah antara yang berbaloi dan murah yang ditawarkan di laman sesawang.

Jom hampa kita pakat booking kat Traveloka ni, boleh ferfeeling duk dalam palace and ferfeeling jadi Queen sat walaupun hanya untuk sehari. 😘😘😘


Property Hunting at Batu Kawan Penang

Cakap pasal property ni kadang-kadang memang takutttt wei tengok house price tu. Pfffttt lap peluh jap. Tapi kalau tak beli property lagi la rugi kan.

Tambah-tambah kat Penang ni, harga rumah memang serious cakap paras-paras gayat la jugak.

Alhamdulillah dapat jugak sebijik rumah dekat Batu Kawan ni di bawah projek PDC (Penang Development Corp) .  Rumah mampu milik ja lah kan. Mahal-mahal kedaung memang tak la lagi.

So kelmarin, jalan-jalan area Batu Kawan and tunjuk la kat maktok n usu Adriana n Aishah rumah baru kami. Tetiba adik aku (Usu depa berdua) berminat pulak nak beli. So hari ni kami pun apa lagi bergegas la ke PDC Gallery dekat Batu Kawan ni untuk tengok show room.


Maktok budak berdua ni.


Township planning untuk Batu Kawan. Kalau tengok lani memang yang da siap rumah kami and Design Village outlet. Tapi In Sha Allah in next 2 or 3 years bila Ikea, KDU, and international school siap boleh pergi jauh.

So dekat projek PDC ni nama dia Suria I, bawah E Hijau Komuniti. So basically ada 3 jenis rumah. Bermula dari 800-1000square feet. Yang kami beli 1000 square feet.

Jom tengok show room untuk ;

1000 square feet.

Harga RM222K (melalui state ..tapi que dia Ya Rabbi) / RM242K (open quota..so kami opt for dis choice sebab tak tau kalau nak tunggu turn state bila nak dapatkan)



Suka sebab kitchen dia agak luas!



Ni pulak second bedroom ya



Ni pulak bedroom yang paling kecik ya.


Ni toilet kat luar tu.


Master bedroom



Toilet kat masterbedroom



Cantik kan ruang makan ni. Dah nampak da nak susun macam mana nanti.


Ni dari ruang tamu.



 Suka betul design macam ni. Full sunlight gitew haa.


Ruang tamu.


Hallway nak ke bilik!

Rumah ni bagi aku memang sangat perfect sangat-sangat dah. Cuma ralat kenapa PDC tak buat yang ada balcony. πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“



Jom tengok yang ;

900 square feet

Hrga : RM162K ( melalui state) /RM182K ( open quota)

Tapi unit untuk 900 square feet ni LIMITED sangat.


Kitchen dia. Luas kan. Tapi tak seluas yang 1000square feet la kan.


Pandai ID ni buat design open concept gini haa.



Bilik paling kecik.


Second bedroom


Master bedroom


Toilet dari master bedroom


Ni haa dari hall nampak la segala ruang makan.


 Ruang dekat hall.

And last unit:

800 square feet

Price : RM80K kalau tak silap...pretty cheap rite? Tapi semua unit ni under state. Takdak open quota and yang memohon hanya untuk yang bergaji bawah dari RM3.5K dan ni first house katanya.


Ruang dapur agak limited.


Cantik kan hias hall macam ni.



Ruang makan. Nak ilusi luas, jangan lupa pasang cermin sebesar alam.


Stailo


Ruang bilik paling kecil.


Dua bilik utama, keluasan lebih kurang sama. Memang master bedroom takda toilet attached ya.


Ada 1 ruang shower. And ada satu toilet untuk memerut. Tapi both selesa la.






Ruang tamu


Ruang makan pun nice ja ID ni buat. I liokke.

So basically, aku rasa rumah yang PDC buat ni memang antara yang termurah dekat area Batu Kawan ni. Kalau nak harap Aspen, Setia, Ivory ka memang xdapat kot harga ni.

Tambah value tempat ni pun akan naik in the next 4 to 5 years. Pejam celik pejam celik tak lama pun.

Tercapai juga impian aku nak berumah di tepi Ikea. Kahkahkah. Itu la husband aku selalu duk kata sangat, nanti I beli kat u rumah sebelah Ikea. Alhamdulillah termakbul. Sesungguhnya kata-kata itu kan doaπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹


And harap-harap jugak la adik aku punya application untuk membeli kat sini approve. Lagi pulak lepas ni dia base kat Jeddah balik, memang apa-apa kena guna nama mak aku jugak untuk senangkan apa-apa urusan jual beli kat sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 photo p18_zpsnhtphbmr.png